Monday, March 2, 2009

Eksiden dalam imannnn

Semalam.... seperti biasa, malam awal minggu aku dan beberapa coach berkumpul kat kedai kopi (walaupun segala macam air ada dijual...sini tak de kopitiam atau cafe). Perjumpaan ini macam acara tidak rasmi, bagi kami yang prihatin dengan olahraga di daerah kecil ini. Topiknya.... berkisar dengan situasi kemajuan latihan dan prestasi atlit di sekolah-sekolah masing-masing sepanjang minggu. Kat tempat kami hanya satu sekolah sahaja yang dijadikan (ditauliah) sebagai Pusat Latihan Prestasi Tinggi Olahraga. Kami dari sekolah-sekolah lain tidak mendapat apa-apa bajet. Walaupun begitu... kami tidak mengambil kira hal sekolah, kerana kami anggapnya sebagai satu kontigen daerah. Atlitnya tak kira dari mana-mana sekolah... tetapi berdaftar di pusat latihan itu.

Malam tadi... perjumpaan dihadiri Ketua Jurulatih (aku bekas ketua jurulatih), Pengerusi Pembangunan dan beberapa jurulatih dari sekolah-sekolah kroni (dibaca.... sekolah yang aktif) Aku dah tak de pusat latihan.... sekarang aku bertaraf jurulatih import... hehehe. Sambil-sambil pekena roti canai cotek dan air halia telur puyuh.... kami berbincang, melapor, berkongsi tips latihan dengan santai tetapi profesional.

Tahun ini...kami masih belum begitu pulih dari 'kegawatan' sejak 3 tahun yang lalu. Kegawatan akibat salah faham, hilang semangat setiakawan, akibat ada yang naik tocang, malah ada yang cuba 'kencing' kawan..... antara tindakan aku ketika itu... aku letak jawatan ketua jurulatih.... letak jawatan pengerusi pembangunan jurulatih... tutup pusat latihan. Semasa perjumpaan terakhir 3 tahun dulu.... perbincangan berlangsung panas, tapi tak la sampai baling kerusi, hanya sekadar tepuk meja. Yang sedihnya.... suka duka selama 10 tahun seperti tidak bermakna lagi. Dan yang lebih menyedihkan.... prestasi kami yang dulu antara pasukan terkuat di Kelantan turut merudum... mujur tak di pintas oleh pasukan Gua Musang..... hehehe. Selama bertahun-tahun (MSSD Pasir Puteh-Bachok) kami jaguh yang digeruni dan didengkii oleh MSSD lain. Kemudian apabila semua MSSD gabungan dipecahkan mengikut PPD sendiri... kami masih berjaya membuktikan Bachok bukan pasukan kecil yang boleh dipermainkan. Hujung Tahun lepas... beberapa kawan cuba memulihkan semula keadaan... tetapi maklumlah kann, walaupun luka telah sembuh, namun parutnya tetap kelihatan..... ewahhh!

Alamak..... panjang la pulak intronya, aku bukan nak cerita pasal tu sebenarnya..... kang ada jurulatih kat Hilir Perak kata aku nak menyohor pulak!

Malam tadi selepas sembang-sembang, minum-minum, mabuk-mabuk.... hehehe, dalam pukul 12 lebih kami pun bersurai. Hari hujan..... hujan kat sini sejak mem besor basuh kereta hari tu lah.... emmm... mungkin ada petanda kot..... Dalam hujan tu, sejuk.... lepas trafik light.... tekan minyak..... brooommmm...... jalan gelap, hujan pula... aku tak sempat angkat lampu tinggi..... tiba-tiba.... tiba-tiba kooooo.... zappp... aku nampak anak lembu landing tengah jalan..... betul-betul tengah jalan (lorong kiri)... tapi dah tak sampai sedepa baru nampak.... gedegangggg.... yang aku nampak, anak lembu tu dah terbang, jatuh tepi parit sebelah kanan..... anak lembu tu arwah kat situ juga!

Aku cam mana?...... alhamdulillah.... tak de apa-apa.... terantuk pun tidak..... pasal aku pakai tali pinggang keledar (aku pakai tali pinggang keledar ni bukan kerana polis macam kebanyakkan orang tu.... hehehe) Keluar kereta... pehh... hancur.... tetapi aku tak lepas-lepas bersyukur kerana aku tak ada apa-apa. Anak lembu tu... nak buat cam mana kann.... dah ajal dia.... cuma malangnya nasib dia kerana bertuankan makhluk yang bahlol sikit pasal bab nak bela lembu.

Errr.... sebelum langgar lembu tu.... aku tengah nyanyi dalam hati.......

Hidup ini bagai lampu dinding,
Yang dinyalakan di malam hari.....2x


Apabila minyak sudah kering,

Iakan pasti padam sendiri......2x


Setelah kita tinggalkan dunia,

Alam yang lain pula mengganti.....2x

Lepas tu.... Allahhh..... screetttt...... gedeganggg....

23 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    Assalamualaikum...
    Sebagai sohabat, aku turut bersedih dengan tragedi ini. Apatahlagi hal ini melibatkan nyawa 'mangsa' yang tidak berdosa.....

    Tu boleh klaim insurans kat tuan lembu tu tak? Belasah je bang!!!


    Errr...inesen tak komen aku kali ni?
    VimmiYasmin said...
    Cikgu

    kisah benar ke ni??
    iskk iskkk
    kesian kat anak lembu
    x sempat nak sarapan esok pagi

    Cikgu
    alhamdulillah
    cikgu selamat
    nasib baik ingat pakai seat belt
    kalo tak mau melambung landing atas anak lembu tuh

    Cikgu
    pastu claim insuran kat Mak Lembu la yer
    hehehehehehhehe

    Cikgu
    sabar yer! Nanti saya g sana lawat cikgu bawak hadiah LAMPU DINDING..minyak isi sendiri !
    Unknown said...
    ciklah & Vimmi-
    klaim insurans kat tuan lembu????... lembu tu pun dah cukup malang kerana bertuan dia yang bahlol, bangang.... org bela lembu, dia nak bela lembu... org bela guna sistem kandang, dia pakai sistem gaya bebas....

    ciklah... komen ko yg inesen tu yg membuat aku musykil tu

    Vimmi... siapa lak nak nyanyi lepas tu...
    ckLah @xiiinam said...
    semalam aku inesen sebab masa tu tengah duduk dlm bas....jadi insaflah sikit takut bas terlanggar ketua kampung ke...cikgu besar ke...atau Datok 'Samudin Usin' kat KPM tu...
    Mak Su said...
    shifu of shifu, kagum saya, sebab shifu ni tentu byk beringat-ingat (sebab byk tgk iklan kot). siap nyanyi lagu lampu dinding. tapi alhamdulillahlah buat shifu, semua selamat kecuali kereta, lepas ni kena buat kenduri anak lembu ler jawabnya
    ONE ZABA said...
    tak sempat sembelih ke lembu tu...boleh gak jual daging buat cover kerugian.
    ckLah @xiiinam said...
    "errr.... kedai kopi, tempat kami selalu lepak tu ada specialnye tau.... pelayan kedai tu tak pakai ***" ...kata shifu...


    baik ko taubat cepat....malam tu ko terlanggar lembu lepas balik dari lepak kat situ...aku takut lain kali kau nampak 'penampakan' berwajah aku....lalu langgar ketua kampung ko....atau guru besar ko
    Yunus Badawi said...
    Takziah kerana kemalangan.
    Tahniah kerana sentiasa berfikiran positif.
    psst - sib baik anak lembu. Kalau bapak lembu . . .
    azza_irah said...
    tetiba insap baca n3 ni..

    Setelah kita tinggalkan dunia,
    Alam yang lain pula mengganti....


    syukur tuan punya keta takde calar sikit pun...kl tangan siap berbalut sian lak lptop kecik takde sapa nak kelek..
    Unknown said...
    ciklah-
    semalam ko naik bas... mlm ni ko naik apa... kui kui kui

    maksu-
    beringat sebelum kena... tapi kalau dah takdir nak kena juga... redha je laa

    1Z-pagi esoknye... lembu tu dah tak de.... entah2 dah kena gantung kat pasar... eiii

    ciklah lagi-
    kedai tempat aku lepak tu, pelayan dia memang tak pakai baju dalam.... pasal dia lelaki.... hahahaha!.... lepas ni ada la yg kena temuduga... "masa mama tak de.. papa minum jus tembikai kat mana?"..... hehehe

    YB-
    time kasih... saya redha je.... kalau bapak lembu... ada la yg buat kenduri maulud lembu sekor

    azza-
    tak pernah berniat nak tujukan lagu tu kat lembu tu sebenarnya....
    ckLah @xiiinam said...
    "Huh" kataku sambil bercekak pinggang, menjeling tajam dan memuncungkan bibir dalam dua inci...

    Aku dah jawab dlm blog comment aku dah...maleh nak ulang!!!


    Errr...keta mem ko kan? Keta ko Rusa kan?
    Unknown said...
    keta mu keta ku jua...
    DatinDiaries said...
    ish teruk jugak tu kereta tu ye..........

    kesian kat lembu....arwah kat situ...lain kali bawak pisau....senang apa2 hal blh sembelih...hehhe..

    gurau jah deh.....
    pB said...
    Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu
    Unknown said...
    datin-
    sembelik boleh buat sambal daging..:)

    pB-
    Waalaikumussalammm.... ok duduk... siapa yang tak hadir hari ni?... dah siap keje yg saya bagi?.... hantar sekarang....
    tasekM said...
    itu br anak lembu, kan. kalau bapak lembu... hmmm...

    :)

    .
    Unknown said...
    kalau bapak lembu.... tak tau la nak kata... pasal yg tu cuma anak lembu
    mebby a.k.a ezza said...
    laaa ciannyer..so shifu ok ke x nih..huhuhuhu
    Unknown said...
    ezza-
    alhamdulillah ok je... jom training dgn saya... :)
    Anonymous said...
    abah,
    beli keto baru deh.
    persona ko...
    waja ko...
    deh...
    Unknown said...
    oitt.... anok sapo niii.... apa kelass pesona waja... abah nak beli wish ko.. estima ko...
    Anonymous said...
    kito kena sokong brg malaysia abah weh...
    abah, beli external hard disk ko ore...
    ore balik nati, ore byr la ko abah deh...
    nok gi low yat jauh.
    deh abah deh.....
    Unknown said...
    oitt... ni sorang lagi anok sapo nii... oooo kena sokong brg malaysia eii... kalau gitu baiki keta tu je la... kan nak sokong brg malysia.

    emmm... nak wat ghapo external HD... nak buh citer/lagu jepun je... emmm tak dok pasallll

Post a Comment