Monday, March 30, 2009
Tahun ni cuti sempena keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada hari bekerja..... yuhoooo... panjang la sikit cuti. Kat Malaysia ni hanya Kelantan je yang cuti raja selama dua hari.... hehehe.
Malam tadi kami ke KB... tujuannya nak bayar macam-macam bil... lepas tu nak beli sikit barang dapur untuk sarapan pagi ni. Masa nak balik pukul 10:00 tu... kat jalan dah tersumbat.... alamak... tak ingat la pulak... malam cam gini mesti ramai yang ke KB pasal nak 'tengok lampu'.
Dulu-dulu bila aku mula menjejakkan kaki di sini... aku rasa pelik bila dengar.... "tak pegi tengok lampu ke?"..... "malam ni nak pegi KB tengok lampu"...... Waktu tu aku tak faham... nak tengok lampu apa?.... hari-hari ada lampu. Rupa-rupanya, tengok lampu berhias yang dipasang di bangunan-bangunan dan juga kat pintu gerbang..... hehehe
Masa awal-awal kawin hari tu... selalu la dating naik motor bila malam-malam. Sekarang ni aku tak sanggup nak bersesak-sesak kat jalan. Malam tadi... terpaksa la buka gprs... nak tengok jalan mana yang clear. Kat jalan utama semua dah penuh. Sampai kat Kubang Kerian, jalan menghala ke istana pun dah melekat tak begerak... mujur masih ada jalan untuk lari dari 'kegilaan' orang Kelantan 'tengok lampu'.
Kat area pintu gerbang atau kat mana-mana kawasan yang dipasang lampu hiasan... orang Kelantan akan bersantai-santai... berkelah.... hehehe. Semuanya pakat-pakat keluar 'tengok lampu' dan juga 'tengok orang'.
Cuti dua hari... emmm... apa nak buat?.... aku berkelah atas katil je..... hahaha
Labels: Aku Versi Lelaki
20 April tu aku akan berfoya-foya di sebuah pesta di PWTC....Pesta Buku Antarabangsa.....yeee yeeeee...
Nak ikut?
Buleh tak belah!!
ko pi kerja molek molek...
daulat tuanku... daulat tuanku... daulat tuanku
aku tak rela... aku nak kat nyonya tu gak
MakSu-
Memang semua org suka tengok lampu hiasan ni.. tapi kat sini lain sikit.. diorang akan berkumpul, lepak2 kat area pintu gerbang tu, siap ada yg buka gerai lagi
OneZ-
Kawe tak leh naik gunung cuti raja kali ni, pasal anak kat asrama outing kena hantar petang tadi
Sama gak kat sini - mcm2 - org tengok org - entah apa nak ditengok tak tau la...FYI , sy tak pernah tengok acara mlm2 ni!!!Satu hal lak, nak kena buang mcm2 - masa (lebih baik berblog), tenaga (kena jln jauh), mata (kena jengil2 ,klu tak , tak nmpk ),duit (kot dahaga - klu tak bawak air dr rumah) , & yg paling payah kalau nak buang air!!!baik la dok kat umah aje...
memang seronok bekelah atas katil... tapi kena berdua la... kalau sesorang tak de makna gak.... hehehe
Sonata-
kita serupa... sebab tu mlm ni aku duk rumah je... hehehe