Tuesday, March 24, 2009

Big day... suam-suam kuku

Kejohanan Olahraga MSSD Bachok Kali Ke-6...... maknanya sudah 6 tahun PPD Bachok ditubuhkan setelah semua PPD di Kelantan yang asalnya bergabung antara 2-3 daerah dipecahkan mengikut daerah masing-masing. Dahulu kami kontingen MSSD Pasir Puteh-Bachok merupakan team terkuat di Kelantan. Kami menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut.

Setelah semua daerah mempunyai PPD sendiri.... Kontingen MSSD Bachok dianggap sebagai pasukan kerdil. Namun hasil daya usaha kumpulan jurulatih yang tetap komited, kami telah membuktikan bahawa kami tetap mempunyai tradisi kecemerlangan olahraga. Sewaktu awal penubuhan PPD Bachok (MSSD Bachok)..... kami bertungkus-lumus untuk mempertahankan reputasi kami sebagai jurulatih. Masih ingat ketika itu.... di PPD masih belum ada pegawai Unit Sukan.... dan tidak ada sebarang peruntukkan untuk apa sahaja hal yang berkaitan dengan kontingen olahraga. Kami semua pakat-pakat keluarkan duit sendiri untuk menanggung makan minum atlit semasa latihan. Walaupun tanpa apa-apa peruntukan.... kami tetap berjaya mengadakan latihan pusat setiap hujung minggu.... program latihan tetap mengikut jadual.... kerana kesepakatan kami yang sayangkan sukan ini.

Namun kesepakatan itu tidak mampu bertahan.... entah apa puncanya, berlaku perselisihan faham apabila sudah ada unsur mengejar kedudukan dan 'memijak kepala' kawan untuk naik ke atas. Masuk tahun ke-3.... Kontingen MSSD Bachok boleh dikatakan sudah hancur. Aku melepaskan tugas sebagai Ketua Jurulatih dan Pengerusi Pembangunan..... malahan Jawatankuasa Pembangunan Olahraga secara tak langsung telah dibubarkan. Aku tidak turun ke padang lagi.... gantung kasut terus. Kontingen Olahraga MSSD Bachok hanya wujud di atas kertas sahaja.... kerana setiap pasukan (sekolah) masing-masing buat hal sendiri.... dan selepas itu, prestasi pasukan terus merudum.... tahun 2008 hanya mampu meraih 4 pingat emas dan berada di tempat kedua terakhir.... mujurlah masih ada MSSD Gua Musang di tempat terakhir.

Tahun ini aku kembali turun ke arena.... tetapi hanyalah sekadar memenuhi permintaan kawan untuk melatih budak-budak long jump dan triple jump..... kerana kebetulan (konon-kononnya) aku pakar acara jump.... (CkLah... ko jangan kata aku nak menyohor pulak....hehehe). Sejak bulan Februari lepas, aku memulakan sesi latihan...... walaupun sudah terlambat dua bulan daripada musim latihan yang sepatutnya. Hampir 3 tahun tidak terlibat dengan olahraga..... ternyata, di semua sekolah sudah hampir pupus peserta acara long jump dan triple jump (terutamanya triple jump). Sedihnya aku melihat begitu layunya acara ini.

Sekali lagi.... bukan nak menyohor.... sebelum ini, aku sentiasa berjaya melahirkan atlit long/triple jump yang setara untuk bertanding di peringkat negeri, malahan mewakili negeri semasa MSSM. Waktu itu saingan aku sebagai jurulatih bukan calang-calang..... di Kota Bharu ada Velaray (dari Rusia), yang dibayar gaji berpuluh ribu oleh MSN (Ketika itu ada beberapa orang jurulatih dari Rusia di Kelantan). Setiap tahun dia menunggu tentangan dari budak-budak aku.... bertahun-tahun budak-budak aku hanya mendapat pingat perak sahaja.... tetapi akhirnya hanya pada tahun 2004 aku berjaya mengalahkannya. Dan itulah juga tahun kemuncak barangkali bagi kerjaya aku sebagai jurulatih.... kerana selepas itu bermulalah 'episod' mencantas.... huh, malas nak ingat.

Dulu SMK Badak aku jadikan sebagai Pusat Latihan..... walaupun aku bukan guru di situ... tetapi mengajar di SK Badak, dan aku terus melatih mereka kerana asalnya memang budak-budak aku.... dulu logo ini menjadi lambang kebanggaan kami.... selepas 3 tahun aku meninggalkan team ini... sekarang kegemilangan olahraga di situ sudah berakhir. Pagi tadi aku terjumpa kembali dengan bekas budak-budak aku di situ. Hanya 3 orang yang masih tinggal.... itupun datang ke kejohanan kali ini tanpa sebarang latihan.... hanya datang bertanding gitu-gitu je..... sedih melihat mereka.

Tahun ini aku menjadi jurulatih import di SMK Sri Gunung. Sebagai jurulatih import aku hanya menjalankan tugas mengikut syarat dan terma perjanjian... hehehe. Aku hanya melatih 6 orang, khusus untuk acara long/triple jump sahaja. Sasaran 4 pingat emas bagi 2 orang atlit dan yang 4 orang lagi tidak ditetapkan, asalkan dapat pingat sahaja kerana atlit baru. Pencapaian hari pertama.... 1 emas, 1 Perak dan 2 gangsa. Maknanya target untuk dapat 2 emas hari ini sudah tersasar. Esok mensasarkan 2 pingat emas juga.

Aku tidak pentingkan apa pingat yang mereka dapat..... yang aku pentingkan ialah supaya mereka terpilih mewakili daerah dan mampu bersaing di peringkat negeri nanti. Sebagai jurulatih.... apa yang aku bimbangkan ialah jarak lompatan yang mereka buat. Ternyata kualiti atlit long/triple jump setelah aku 'gantung kasut' hari tu memang sangat merosot. Pencapaian peserta-peserta jauh dari level yang boleh dianggap mampu bersaing di peringkat negeri. Bayangkan bagi acara triple jump lelaki... jarak terbaik hanyalah 11.77M (18L), 11.67 (15L).... di peringkat negeri mereka perlu mencapai 12.60M barulah boleh dianggap mampu bersaing. Errrr... dulu budak-budak aku 'kacang' je nak buat jarak tu.... dan pencapaian terbaik ialah 14.35M. Yang paling menyedihkan ialah bagi peserta perempuan yang hanya mampu membuat 4.15M (18P) bagi acara long jump dan 9.66M (15P) bagi acara triple jump. Semasa era aku sebagai jurulatih long/triple jump dulu.... jarak 4.15M itu hanyalah level peserta 12P yang layak mewakili daerah, dan belum tentu menang lagi bila peringkat negeri. Begitulah jatuhnya kualiti jarak lompatan sejak 3 tahun aku 'gantung kasut'. Mendengar khabar atlit Kota Bharu yang sudah mencapai jarak 5M..... bayangkan.... banyak mana 'ubat' nak kena bagi supaya atlit yang mewakili MSSD Bachok nanti mampu bersaing!

Ahhh.... buat apa aku nak susah hati pasal prestasi Kontingen MSSD Bachok, kontrak aku sebagai jurulatih akan tamat selepas kejohanan ini..... (sambil nyanyi....."Demo lo ni tak serupo muloo, tak berani kawe nak teguorrr".... errrr, tukar liriklah.... "kawe lo ni tak serupo mulooo"..... hehehe!

Kawe lo ni tak serupo mulooo

8 Comments:

  1. ckLah @xiiinam said...
    barang yg lepas jangan dikenang..muehehe
    Unknown said...
    aikk... tak tido lagi... pak zahan ko tak de kat rumah ke?

    ko ajak la nuha main getah gelang
    Unknown said...
    errrr... nyanyi lagu

    baranggg yg lepas
    hai jangan dikenang
    kalau dikenang.. meracunlah diri

    suara low note ala2 p ramle..... hehehe
    Anonymous said...
    majulah tuan utk sukan... silap, maju perut bila tk turun brsukan... hehehe...
    ONE ZABA said...
    bawak la berehat...bagi la org baru lak yg peningkan kepala.
    su said...
    aktif bangat yer...
    Unknown said...
    tera-
    tu yg kena turun semula tu

    1Z-
    tak menyungguh sgt dah, hanya sekadar mengisi masa lapang, sekadar hobi yg tak boleh tinggal... sama macam org yg hobi memancing la...

    su-
    saja untuk suka2... hobi yg kira ok, 2 jam je training setiap hari.. kalau hobi memancing ikan, lagi la teruk... turun maghrib balik subuh... pagi esok beli ikan kat pasar... hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    ceh...lamanye aku kena tengok entri ni...janganlah paksa aku bang..he..he..

Post a Comment