Friday, March 27, 2009

Jalur gemilang

Kejohanan olahraga peringkat daerah sudah pun tamat minggu ini. Selepas ini, kejohanan peringat negeri pula. Para jurulatih daerah tentunya sekarang ini sedang membuat analisa prestasi pasukan masing-masing. Semua rekod dan data, akan diteliti, selepas itu barulah mencongak bagaimana pula prestasi semasa peringkat negeri nanti. Bagi kami di Bachok, setelah dua hari kejohanan berakhir..... masih belum ada tanda-tanda dari pihak 'kerajaan' untuk memanggil barisan jurulatih untuk membuat penilaian dan pemilihan terakhir barisan atlit yang bakal mewakili daerah.

Bagaimana pun... kami telah mengadakan 'mesyuarat swasta' untuk membincangkan hal yang bersangkutan dengan calon-calon atlit nanti. Selain daripada itu.... yang paling penting ialah tentang barisan jurulatih yang akan memikul tanggungjawab membawa pasukan nanti. Hasil 'mesyuarat swasta' telah menyaksikan 6 orang jurulatih veteran telah membuat keputusan untuk tidak terlibat lagi dengan team MSSD. Aku belum membuat keputusan lagi!

Aku mencongak..... sekarang ini, team MSSD Bachok telah kehilangan beberapa jurulatih yang pakar dengan acara masing-masing. Dengan situasi sekarang.... team MSSD Bachok tidak akan mempunyai jurulatih acara lontaran (lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera) ketua jurulatih dan penolong jurulatih telah memutuskan tidak akan bersama MSSD tahun ini . Acara jalan kaki juga telah kehilangan ketua jurulatih. Acara lompat tinggi juga telah kehilangan ketua jurulatih. Acara sprint hanya tinggal seorang penolong jurulatih. Jurulatih yang tinggal hanyalah bagai acara middle long. Bagi acara long/triple jump.... yang masih tinggal hanyalah aku... penolong jurulatih aku dah gantung spike bersama aku dulu dan tak mungkin masuk kembali. Maknanya kalau aku melibatkan diri dengan team MSSD... aku akan melatih acara ini seorang diri.

Aku melihat.... keadaan team MSSD Bachok hari ini cukup tenat, kalau pun tidak nazak. Melihat barisan jurulatih yang tinggal... secara sepintas lalu... team MSSD Bachok sudah tewas sebelum bertanding. Aku tidak pasti adakah pihak 'kerajaan' menyedari situasi ini. Dan aku masih belum membuat keputusan!

Pehh..... dalam duk kata tak nak fikir pasal team MSSD.... terbabas juga masuk ke situ. Maklumlah... bila bercakap pasal team MSSD... hubungan antara pihak pengurusan - jurulatih - atlit sepatutnya bagai irama dan lagu.... cuma sekarang ini... team MSSD tidak mempunyai 'konduktor' agar semua yang terlibat memainkan irama dari note yang sama....... Dan aku masih belum membuat keputusan!..... hehehe.

Sementara menunggu sebarang isyarat daripada pihak 'kerajaan'.... aku akan berehat sehingga esok, sebelum memangggil semula budak-budak long/triple jump aku turun berlatih mulai ahad ini. Sebagai jurulatih.... walau bagaimana sekali pun retaknya hubungan antara pihak pengurusan dan kami... sedapat mungkin masalah itu jangan sampai menyebabkan atlit turut terbiar... maka latihan perlu diteruskan mengikut program yang telah dirancang. Sambil-sambil tu aku memikirkan beberapa kemungkinan.... antaranya.... sekiranya tidak seorang pun bebudak aku terpilih untuk mewakili daerah... aku tidak akan menerima tawaran menjadi jurulatih team MSSD. Setakat ini.... itulah keputusan yang mungkin akan aku buat...... iksss... terbabas lagi!

Hehehe.... asalnya nak tulis cerita pasal ni....
"Ok murid-murid, lihat gambar di sebelah, apakah yang dapat kamu fahami dengan gambar ini!

Haaaa... sebagai jurulatih.... inilah yang aku dapat selama ini.... 'Jalur gemilang' . (CkLah..... sekarang ko agak, anak-anak aku cerah ikut sebelah mak dia ke, sebelah ayah dia.... hehehe)

'Jalur gemilang' ini adalah tanda komitmen aku selama ini.... dan kepada sesiapa yang nak jadi jurulatih... kalau takut mendapat 'jalur gemilang' seperti ini... baiklah lupakan saja hasrat kamu (walaupun kamu ada degree atau master sains sukan atau pun apa-apa saja)

12 Comments:

  1. azlanlin said...
    Yang lain-lain tu bukannya udah terasa letih atau tidak minat lagi dengan melaksanakan tugas sebagai jurulatih @ pen jurulatih... Biasanya, punca menyepi diri ni kerana kes 'tak pandai jaga' team jurulatih n pen jurulatih... kan..kan?
    Unknown said...
    semasa 'mesyuarat swasta'... mereka memutuskan utk tidak terlibat dgn team sahaja.... tetapi mereka tetap akan melatih bebudak masing2, kerana kami tak mahu bebudak2 jadi mangsa
    Mak Su said...
    amboi, siap mesyuarat swasta... privatised ler gitu.

    oops! ada jalur gemilang juga.wow!
    Unknown said...
    mesyuarat swasta tu terpaksa dibuat pasal pihak 'kerajaan' tak jemput mesyuarat.... entah siapa yg diorang panggil kami pun tak tau... hehehe
    izman said...
    itu jalur terbakar panas tu... komitmen abang yg saya puji.
    Anonymous said...
    boleh ambil tips nie untk masa depan..
    mesti tersangat la berpengalaman nie..
    Yunus Badawi said...
    Kat tangan aje ke Shifu? Bahagian lain takde ke atau taknak tunjuk? hehehe
    ckLah @xiiinam said...
    Ya Allah Ya Tuhan ku...berilah petunjuk kepada sohabat ku ini...Amiiiiiiinnn...








    Ko memang putih...
    Errrr... maksud aku...tapak kaki ko...
    Unknown said...
    izman-
    masihkah sempat untuk aku kembali pulih ni... hehehe

    mohd raz-
    tips pertama sebagai coach... jgn takut dgn matahari... hehehe

    YB-
    nak tnjuk yg lain, kang Cklah sumpah jadi katak

    Cklah-
    ko saja tak nak terima hakikat
    joegrimjow said...
    betolllll
    setujuuuuuu
    apa2 pon buat pasal sukan
    buat untuk negara
    hoho
    syg dlu xpernah wakil apae2 sbb xpandai sngt bersukan
    kuIna said...
    itu jalur jam la...
    Unknown said...
    joe-
    tak pandai bersukan tak pe... pandai yg lain pulak

    kulna-
    betull.... errr... tapi tak de hadiah... hehehe

Post a Comment