Saturday, March 28, 2009
Hujung minggu... masa untuk Mem Besar mengembur semula skil kat dapurnya. Mem Besar spesis klasik... menunya boleh dikatakan menu yang dah masuk dalam buku tawarikh.... bagi aku yang bersarapan dengan pancake, tentunya akan selalu berlaku pertembungan 'anak tekak' antara aku yang berselera kontemperori dengan dia yang cicah timun kukus dengan budu.
Malangnya dia ramai penyokong..... hanya Sofia je yang selalunya sokong aku, pasal dia peminat pasta.... hehehe. Pagi tadi Mem Besar dan Ilah telah menyediakan menu yang rasanya cukup klasik di Kelantan.... menu ni memang sah tak de kat Teluk Intan..... hahaha
Kat dalam periuk tu daun pandan... bukannya serai wangi tu!
Inilah ketupat sotong untuk minum petang nanti... jangan korang kata untuk lauk makan tengahari pulak. Ketupat sotong ni nanti berkuah dan kuahnya manis.... macam kuah bubur kacang atau yang seangkatan dengannya. Sorry... kerana tak ingat nak ambil gambar ketupat ni bila dah masak.... maklumlah, aku tak minat.... hehehe.
Sebelah malamnya....
"Abah... cuba rasa... sedap dak?"
Haaa... ni baru menu abah.... sotong & udang masak berperisa mustard, honey & herb dan diperap dengan Italian seasoning. Harum semerbak.... menu cam gini Mem Besar kena belajar dari aku laaa...
Labels: Aku Versi Keluarga
Ikan di laut, asam di darat….
Tak apa kalau selera makan tak sama dengan isteri
Tapi aku yakin, banyak sudut lain yang selera korang sama kan?
Buktinya…tengoklah anak2 korang…menjadik dan bijak2 semuanya.
Selera aku dgn Pak Zahan pun banyak yang lari…
Aku tak reti pakai kain batik
Tapi dia suka pakai kain pelekat…
Banyak tak sama
Tapi ada satu selera lain….
Yang kami sangat sama..
Muehehehe…
ko kena belajar bekemban dgn kain batik... selera jadi lain macam tauuu...huhuhu
ingatkan balik sekolah terus kejau nak bekemban dgn kain batik.... hehehe