Sunday, March 8, 2009
Hari Jumaat kemarin selepas adengan menyerap vitamin D.... sebelah petangnya macam biasa... melawat anak Kerajaan Malaysia....
Tiap-tiap petang Jumaat kat sinilah kami piknik.... tu deretan gerai kat tepi pagar sekolah, sebagai meraikan hari perkelahan hujung minggu bagi kami..... macam la tak cukup makan bebudak ni..... tapi itulah anak Malaysia....
Malamnya tak kemana-mana..... kerana nak tengok Raja Lawak final..... tu la pertama kali aku nak tengok, pasal masa tengok ulangan siri terakhir tu nampak macam best pulak..... tapi tengok masa final..... hampehhhh....
Sabtu..... gedebak-gedebuk...... tengok kereta kat bengkel.... memenuhi undangan kenduri.... hantar anak sorang lagi balik sarang dia.... dah masuk Asar baru selesai.
Lepas Asar... aku keluar lagi.... ke rumah Dato Ilias.... memenuhi undangan minum petang bersama Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Sekarang ni dah masuk minggu-minggu akhir kempen MKT.... setiap hari minggu dan tak minggu ramai yang datang nak 'jumpa mata'. Dah banyak majlis aku tak sempat pegi.... maklumlah aku bukannya G7.... hanya sekadar tukang perabih apa yang ada kat atas meja je..... hehehe.
Sambil minum-minum.... seronok mendengar celoteh Dr. Rais yang mantop kelembutan berbasa-basinya.... tajam sindir dan tepat hujahnya.
Jangan disalai ciku kedondong;
Salailah ikan atas para,
Jangan salahkan ibu mengandung;
Salahkan badan yang buruk pinta.
Tup tap tup tap.... dah dekat Maghrib....
Malamnya pukul 10:00 keluar lagi..... macam biasa malam Ahad, ada perjumpaan tak rasmi geng coach kat daerah kecil ni.... lepak sambil bincang-bincang dan bentang laporan prestasi latihan..... lepak tempat biasa... kat kedai yang pelayannya 'tak pakai baju dalam' tu...... hehehe
Labels: Aku Versi Lelaki, Aku Versi Parti
dia 'org lama'... bahasanya lebih kpd nasihat
led-
bak kata Dr. Rais....
Udangnya banyak di hilir;
Ikan diatur dengan galah,
Undang-undang memang mahir;
Tapi bicara kita kalah.
bak kawe kata.... hehehe
sebahagian dari 'kita' duk sibuk takbir tak kira tempat... sebahagian lagi duk cucuk tak kira tempat...
sebahagian lagi dah tak larat...
karpal sejak dari berdiri sampai duk atas kerusi... duk sanggah kita, tapi tak de apa yg kita boleh buat... lebih malang lg ada pula yg pegi peluk dia... hehehe
Sadisnya...Nama Sasterawan Negara turut tercemar angkara penggemar demonstrasi......
Yang dok sebok bertakbir tu...yang dok sebok membina keranda tu.....kalau ditanya tentang Perkara 152 Perlembagaan tu...tau ke nak jawab tu...Sejarah dia masa SPM dulu lulus tak? jangan2 suruh baca Rukunegara, dia bantai jawab Rukun Nikah!!!
Errr...Tok Rais tu Pak Penakan aku tu....sebab tu bijak....he..he..
Sembeleh ayam sendirik lah....
Baru betul2 power itu lengan!!!!
Ha...ha..
emmm.... tak pe la... nnt aku sembelih itik serati org sebelah yg selalu lepak kat rumah aku ni....
psst - sejak bila pulak org Perak 2 org ni boleh ada bau2 bacang dgn org Jelebu? eh tak kisahlah.
errrr... dia org jelebu ke... dia bukan org cendrong balai eii..... hehehe
Saya difahamkan makin tinggi jawatan yg hendak ditandingi makin banyak 'dedak' yg kena tabur. Ada skalanya!
Tau mau komen banyak - nanti org marah.
"Bachok,9 mac..............sampai sudah."
Aku marah pada wartawan tu! Sampai hati dia tak masukkan gambar kawan aku tu!! Penat je dia tolong mengabihkan kuih.....
Apa-apapun tahniah jugaklah, sebab peristiwa yang kau hadiri (sekurang-kurangnya) masuk surat khabar hari ni....bolehlah gunting...simpan...
ehehehe...